SEKOLAH KLUSTER
 Info Terkini

 
 

Motivasi :

"SAYA ADALAH JUARA.
JUARA TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA.
ORANG YANG BERPUTUS ASA TIDAK PERNAH MENJADI JUARA"

 

"SAYA TIDAK BOLEH DAN TIDAK PERLU UBAH SESIAPA.
SAYA HANYA PERLU UBAH DIRI SENDIRI. "

 


 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarklan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.

Misi: Sekolah Kebangsaan Sri Gaya berusaha ke arah melahirkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mwujudkan persekitaraan sekolah yang kondusif dan harmoni.

Visi: Menjadi sebuah sekolah yang cemerlang d Negeri Sabah dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan keceriaan menjelang Tahun 2008.

Objektif:

1. Meningkatkan kualiti pengajaran pembelajaran agar lebih berkesan.
2. Mempunyai sistem pengurusan kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Pelajar berasaskan Sistem Kualiti MS ISO 9002 menjelang 2008
3.Penglibatan murid tahap 2 (Tahun 4, 5, 6 ) 100% dalam aktiviti Kokurikulum.
4. Mengadakan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan murid untuk belajar dalam keadaan yang kondusif.
5. Mengoptimumkan penggunan semua sumber pengajaran dan pembelajaran
6. Menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah dengan mewujudkan suasana yang ceria.
7. Mewujudkan amalam kolaboratif, partisipatif dan rasa sepunya di kalangan murid, guru dan ibubapa serta masyarakat setempat.

Sejarah Sekolah: Sekolah Kebangsaan Sri Gaya telah dibina pada tahun 1994 di Taman Seri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Tapak sekolah pada mulanya kawasan paya tetapi ditebusguna dengan penambakan tanah dan konkrit bagi membolehkan sekolah dua tingkat sebanyak tiga blok dibina. Sekolah ini mempunyai tiga blok akademik dengan dua blok tiga tingkat flat guru dan sebuah kantin. Pada tahun 1999, sebuah blok bangunan telah dibina secara projek kilat yang menempatkan tiga buah bilik darjah. Sekolah ini mula beroperasi pada 12 Disember 1994 dengan seramai 232 orang murid dan 18 orang guru. Pada waktu itu hanya 12 bilik darjah digunakan dengan kelas bermula dari tahun satu hingga tahun lima. Latar belakang pelajar di sekolah ini agak berbeza, ini disebabkan pengaruh sistem perumahan yang ada di sekeliling yang terdiri daripada banglo dan rumah teres. Ini menunjukkan bahawa sosio ekonomi juga agak ketara perbezaannya. Namun dari segi latar belakang ibu bapa, sebilangan besar adalah kakitangan kerajaan. Dari segi ras, sekolah ini mempunyai pelajar yang datangnya dari bangsa yang berbeza iaitu merangkumi tiga bangsa terbesar iaitu Kadazandusun, Melayu dan Cina. Namun terdapat juga pelajar daripada bangsa-bangsa lain. Sejak ianya ditubuhkan, sekolah ini telah banyak menerima anugerah dan pencapaian yang membanggakan dari segi kokurikulum khususnya dari segi pertandingan kuiz, nasyid dan bola jaring.

Dasar Kualiti Sekolah : Kami guru-guru Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, yakin dengan penuh komitmen bersepadu kami  kepada penambahaikan berterusan yang boleh menjamin masa depan yang cemerlang bagi organisasi kami. Ini dapat dicapai dengan memenuhi kehendak dan harapan Kementeriaan Pendidikan Malaysia. Oleh itu kami dengan penuh tanggungjawab akan memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang seimbang sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara

Matlamat :

Melahirkan murid-murid yang cemerlang kurikulum, ko-kurikulum dan bina insan .
Melahirkan insan yang wataknya bercirikan keimanan, akhlak mulia, berilmu, berktrampilan serta mempunyai disiplin diri dan sahsiah yang tinggi
Memeberi dan mewujudkan peluang pendidikan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira perbezaan tahap kecerdasan

Piagam Pelanggan :

Berusaha meningkatkan pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum
Berusaha melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia serta berpegag teguh kepada ajaran agama
Berusaha untuk menjalankan tanggungjawa dengan adil, cekap dan amanah di samping mengamalkan budaya penyayang
Mewujudkan iklim dan suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran

The contents of this website is copyrighted to SKSG™  ©  2007. Patent Pending.