|
BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allat S. W. T kerana
dengan izinnya, akhirnya website sekolah dapat di siapkan.
Ucapan syabas dan tahniah kerana usaha yang berterusan untuk
menghasilkan website ini menggambarkan wujudnya usaha sama dan
komitmen daripada semua pihak.
Tahun 2007 membawa kita selangkah lagi ke puncak
kegemilangan. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai samaada melalui
kurikulum mahupun ko kurikulum. " Anugerah Sekolah Kluster "
mempamerkan kejayaan SK Sri Gaya, Kota Kinabalu, berada di tempat
teratas di seluruh sekolah rendah kebangsaan
di Negeri Sabah.
Melangkah seiring dengan pembangunan, saya juga
berharap agar mutu pendidikan kita semakin maju berkat kerjasama
erat yang terjalin di antara guru-guru dan ibu bapa serta pelakar
sendiri disamping sokongan padu terus dari Jabatan Pelajaran Sabah.
Semoga segala usaha yang dijalankan dapat direalisasikan ke arah
mencapai visi dan misi sekolah.
Akhir kata, sebagai pentadbir sekolah ini, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Pengarah Pelajaran Sabah, Pegawai Pelajaran Gabungan dan YDP PIBG
sekolah kerana memberikan banyak suntikan semangat buat kami di SK
Sri Gaya.
Semoga kerjasama ini berterusan untuk mencapai
kecemerlangan dalam menghasilkan anak bangsa yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.
Sekian terima kasih. Wassalam.
(HJ. ABDUL GAHNI BIN HJ MOHD KASSIM )
Guru Besar, Sk Sri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.
The
contents of this website is copyrighted to SKSG™ ©
2007. Patent Pending. |