Persediaan menjelang peperiksaan lebih
merupakan persediaan minda.
Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi
persoalan utama. Pelajar yang telah
lama bersedia adalah pelajar yang
beruntung manakala pelajar yang lalai
hingga ke saat akhir adalah pelajar yang
rugi.
Persediaan mental menjelang peperiksaan
juga amat penting kerana turut
mempengaruhi prestasi semasa
peperiksaan. Persediaan mental ini tetap
merupakan perjuangan para pelajar ke
arah mengejar kejayaan cemerlang.
Pelbagai petua dan panduan perlu
dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke
arah kejayaan ini.
1. Bertenang dan lapangkan
fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2. Membuat ulang-kaji bagi
topik-topik yang difikirkan penting.
3. Tidur yang mencukupi. Ini
bertujuan untuk memelihara tenaga
yang
secukupnya semasa hari peperiksaan.
4. Menjaga kesihatan diri
supaya dapat mengelakkan daripada
demam
atau kemalangan. Badan yang tidak sihat
akan
menyebabkan otak kurang cekap.
5. Menjaga pemakanan dengan
memakan makanan yang berkhasiat
dan
berzat. Hindari makanan yang boleh
melemahkan tenaga
dan
melembapkan minda.
6. Bangun tidur awal pada
setiap pagi.
7. Bagi pelajar Islam,
perbanyakkan sembahyang hajat.
8. Membaca nota-nota ringkas
yang telah disediakan.
9. Mengadakan senaman
kesihatan fizikal untuk mengeluarkan
peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di
tempat-tempat yang sesuai. Udara
yang
bersih dan badan yang cergas akan
menenangkan minda dan
melapangkan fikiran.
11 . Hindari sebarang masalah dengan
sebarang pihak sama ada rakan,
keluarga
atau lebih-lebih lagi guru. Jangan
bergaduh dengan
rakan-rakan, atau bermusuhan dengan
guru. Jangan menderhaka
dengan
ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan
guru.
12. Meminta doa dan restu ibu, bapa dan
guru-guru.
13. Belajar pada waktu yang difikirkan
sesuai.
14. Mengkaji bentuk-bentuk soalan
peperiksaan dengan bantuan guru
dan
rakan-rakan.
15. Menjawab soalan yang sama seperti
format peperiksaan sebenar.
16. Datang lebih awal ke dewan
peperiksaan sebelum peperiksaan
bermula.
Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat
bertemu dan
berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan
dapat mengurangkan ketegangan.
17. Menyediakan segala kelengkapan
peperiksaan yang diperlukan
sebelum
menjelang hari peperiksaan.
18. Bersarapan sebelum masuk ke
dewan peperiksaan dengan sarapan
yang
berzat supaya tenaga fizikal dan minda
cukup untuk menghadapi peperiksaan.
19. Datang ke tempat peperiksaan
dengan kenderaan yang lebih selamat
dan
cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya
akan meresahkan pelajar
dan
menggugat kelancangan pemikiran pelajar.
20. Elakkan mengadakan
perbincangan tentang topik-topik hangat
atau
kaedah menjawab sebelum dan selepas
peperiksaan.
21. Meminta ibu bapa atau ahli
keluarga yang terdekat menghantar
pelajar
ke tempat peperiksaan. Sokongan moral
sebegini amatlah penting.
22. Mematuhi arahan peperiksaan yang
telah ditetapkan.
23. Membaca setiap arahan yang terdapat
pada setiap kertas soalan.
24. Menjawab soalan berpandukan soalan
yang telah dipilih.
25. Meminta sesuatu keperluan
peperiksaan daripada pengawas yang
bertugas.
26. Jangan bercinta dengan kekasih atau
buah hati menjelang peperiksaan.
Ini akan
melencungkan tenaga pemikiran dan
tumpuan pelajar daripada
matlamat
asal iaitu untuk mencapai tahap
kecemerlangan dalam peperiksaan.
Lebih
malang lagi sekiranya pelajar 'putus
cinta' menjelang peperiksaan!
27. Memulakan peperiksaan dengan membaca
Bismillah.
28. Menjawab soalan yang pelajar
fikirkan mudah dan betul terlebih
dahulu,
jangan
mengambil masa yang lama untuk satu-satu
soalan yang sukar dijawab.
29. Pastikan pelajar menjawab semua
soalan yang dikemukakan mengikut arahan
yang
dinyatakan.
30. Berserah kepada Allah dan yakin
bahawa anda akan beroleh kejayaan
selepas
bekerja
keras.