|
12 Kemahiran Untuk Pelajar
Ramai pelajar
mengeluh kerana terlalu
banyak masa yang dihabiskan
untuk
mengulang kaji tetapi
pulangannya tidak seberapa.
Sebaliknya terdapat
segolongan
kecil pelajar, belajar dalam
keadaan yang lebih selesa,
tidak terkocoh tetapi dapat
pula meluangkan masa untuk
beriadah dan turut
melibatkan diri dalam
kegiatan
kokurikulum. Walaupun begitu,
mutu dan pencapaian akademik
mereka tidak terjejas.
Persoalannya,
mengapakah dua keadaan di
atas boleh terjadi? Biasanya,
jawapan
yang diberikan ialah pelajar
dalam kumpulan kedua didakwa
mempunyai keupayaan
mengingat yang lebih jika
dibandingkan dengan para
pelajar daripada kumpulan
pertama. Hipotesis ini
mungkin betul, tetapi yang
lebih tepat ialah ramai
pelajar tidak mempunyai
teknik
belajar yang berkesan.
Mereka belajar hanya
mengikut rasa dan resa
sahaja.
Akibatnya, masa dan tenaga
banyak terbuang, tetapi
hasilnya tidak seperti mana
yang
disarankan oleh Gwen Gawith
di dalam bukunya Power
Learning.
1. Pelajar dan Pembelajaran
Setiap pelajar
mestilah mengetahui akan
tujuan dia belajar. Adakah
dia belajar
untuk mendapatkan ilmu dan
kecemerlangan atau belajar
kerana mengikut rakan-rakan
sahaja dan dipaksa oleh ibu
bapa ? Oleh itu, para
pelajar mestilah menanamkan
tekad bahawa tujuannya
belajar adalah untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan
dan mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang sama ada
yang berkaitan dengan rohani
atau jasmani.
Setelah yakin bahawa anda
ingin belajar, maka
ketahuilah pula apakah tugas
dan
tanggungjawab anda sebagai
seorang pelajar.
2. Pengurusan Diri
Sebagai seorang
pelajar, anda mestilah boleh
menyesuaikan diri dengan
alam persekolahan dan
persekitaran pemelajaran
yang stabil. Jadikanlah
sekolah tempat yang
menyeronokkan untuk menimba
ilmu pengetahuan. Di simpang
itu, pandai-pandailah
membawa diri bersama rakan
dan taulan serta tidaklah
pula menjadikan guru sebagai
musuh. Ingatlah, guru adalah
ibu bapa kedua kita. Tiada
guru yang ingin merosakkan
pelajarnya. Apa yang penting.
Pelajar mestilah pandai
membawa diri dengan sifatnya
sebagai seorang pelajar.
3. Mengurus Masa
Untuk menjadi pelajar
yang berjaya, anda mesti
berupaya menjadualkan masa
untuk
belajar, beriadah, bergiat
dalam kegiatan kokurikulum,
menonton televisyen dan
sebagainya. Di samping itu,
pelajar mestilah
berkebolehan mengingati
sesuatu dalam jangka masa
yang lebih panjang.
4. Perancangan
Kemahiran merancang semua
aspek hidup amat penting,
misalnya pelajar mestilah
tahu
apa yang telah dan akan
dilakukan. Oleh itu, pelajar
mestilah mempunyai arah dan
tujuan yang positif.
Janganlah hendaknya hidup
hanya mengikut arus sahaja.
5. Kemahiran Berfikir
Untuk menjadi pelajar yang
berjaya, pelajar mesti
keupayaan berfikir secara
kritis dan
positif. Kemahiran berfikir
ini harus dipelajari dan
dipraktikkan. Di samping itu,
pelajar juga mestilah
berfikiran matang dan tidak
hanya mengikut logik
semata-mata.
6. Kemahiran Belajar
Belajar bukanlah sesuatu
yang mudah tetapi bukanlah
sesuatu yang sukar. Untuk
menjadikan
belajar itu mudah, para
pelajar mestilah menguasai
kemahiran belajar yang
sistematik.
7.
Kemahiran Membaca
Boleh dikatakan semua
pelajar boleh membaca tetapi
tidak ramai yang boleh
membaca
dengan pantas, dan dalam
masa yang sama dapat
memahami dan mengingati apa
yang dibaca. Oleh itu, para
pelajar mestilah menguasai
kemahiran membaca dengan
sebaik mungkin.
8. Kemahiran Menyelidik
Kemahiran merancang semua
aspek hidup amat penting,
misalnya pelajar mestilah
tahu apa
yang telah dan akan
dilakukan. Oleh itu, pelajar
mestilah mempunyai arah dan
tujuan yang
positif. Janganlah hendaknya
hidup hanya mengikut arus
sahaja.
9. Kemahiran Berfikir
Bagi memahami dan mendalami
ilmu pengetahuan, setiap
pelajar mesti mahir merujuk
dan menyelidik sama ada
daripada buku buku, akhbar,
majalah, membuat temu ramah,
dan sebagainya.
10. Kemahiran Membuat Nota
Terdapat pelbagai cara dan
kaedah membuat nota, tetapi
yang penting, nota yang
anda buat mestilah
memudahkan anda memahaminya.
Jika kita hanya membaca atau
menyelidik tanpa mencatatnya
di dalam buku nota, kesannya
tidak akan sampai ke mana
dan tidak bertahan lama.
11. Kemahiran Menyampaikan
Setelah anda membaca,
berfikir, belajar dan
membuat nota, seharusnya
anda mahir
pula menyampaikan kembali
apa yang anda fahami dengan
berkesan sama ada dalam
bentuk tulisan mahupun lisan.
12. Teknik Peperiksaan
Setiap pelajar akan dinilai
melalui peperiksaan. Oleh
itu, pelajar mesti
berkebolehan
menguasai teknik-teknik
peperiksaan seperti
keupayaan menganalisis
soalan, mengetahui takrif
soalan dan menjawab soalan.
13. Kemahiran Menilai
Pelajar mesti
berupaya menilai kelemahan
dan kekuatan diri sendiri di
samping
sentiasa berusaha
memperbaiki segala kelemahan
diri. Jangan sesekali
menyalahkan orang lain jika
kita gagal. Adalah lebih
baik kita menyalahkan diri
sendiri dan melihat
kelemahan-kelemahan diri dan
seterusnya bertekad untuk
berjaya.
Kesimpulannnya,
jika para pelajar dapat
menguasai kesemua kemahiran
di atas
dengan berkesan dan
bersistematik, sudah pasti
kejayaan memihak kepada anda.
Walau bagaimanapun, dalam
keadaan apa sekalipun, kita
mestilah sentiasa bersyukur
dan bertakwa agar Allah
S.W.T akan memberkati segala
usaha kita.
|
|
|